PANDUAN MANUAL PENGGUNA SISTEM e-Biz Disediakan oleh:

PANDUAN MANUAL PENGGUNA
SISTEM e-Biz
Disediakan oleh:
Bahagian Pinjaman Perumahan
Perbendaharaan Malaysia
Versi 1.1
Rekod Pengemaskinian Dokumen
Versi
Tarikh
Disediakan
oleh
Disemak
oleh
Disahkan
oleh
Ringkasan Perubahan
1.0
23 Okt 2013
Nor Nasharyati Bt Nasir
Miminorwati Bt Ismail
Maryanti Bt
Mesran
Cecilia Adrian
-
1.1
18 Feb 2014
Miminorwati Bt Ismail
Nor Nasharyati Bt Nasir
Maryanti Bt
Mesran
Cecilia Adrian
1.Penambahan Pilihan
Warga HLD
2. Penambahan Penerangan
Lupa Katalaluan
1
e-Biz/ Versi 1.1
KANDUNGAN
Bil
Perkara
Muka Surat
1.0
Laman Utama
3
2.0
Pendaftaran Id Pengguna (Warga Luar)
4
3.0
Pendaftaran Id Pengguna (Warga HLD)
8
4.0
Log Masuk Ke Sistem e-Biz
11
5.0
Lupa Katalaluan
14
6.0
Kemaskini Profil
16
7.0
Carian Maklumat
17
8.0
Menu Carian
18
8.1 Carian Pinjaman
18
8.2 Maklumat Pinjaman
19
8.3 Maklumat Cagaran /Harta
20
8.4 Maklumat Bayaran Kemajuan
21
2
e-Biz/ Versi 1.1
1.0 LAMAN UTAMA
Rajah 1.1
1. Laman utama e-Biz mempunyai menu berikut: [Rajah 1.1]
a. Log Masuk (https://bpp2c.treasury.gov.my/ebiz)
-
No.KP Pengguna
Kata Laluan
3
e-Biz/ Versi 1.1
2.0 PENDAFTARAN ID PENGGUNA (WARGA LUAR)
Rajah 2.1
1. Pengguna kali pertama e-Biz dikehendaki mendaftarkan ID pengguna.
2. Maklumat yang bertanda * adalah wajib diisi.
3. Sila klik menu Daftar dan perlu mengisi Langkah 1 : Pengesahan No KP Warga Luar. [Rajah 1.1]
4. Sila klik butang
untuk membuat pendaftaran ID baru. [Rajah 2.1]
4
e-Biz/ Versi 1.1
Rajah 2.2
5. Sekiranya maklumat No. KP pemohon masih belum wujud dan sah, sistem akan memaparkan skrin
Pendaftaran Pengguna bagi pemohon dan memaparkan mesej ‘Anda Layak Mendaftar. Sila Isikan
Setiap Ruang Kosong Beserta Alamat E-mel Yang Aktif’. [Rajah 2.2]
6. Sebaliknya sekiranya pengguna yang ingin mendaftar merupakan Peminjam BPP, mesej amaran
‘Maaf. Anda Merupakan Peminjam BPP yang Sah, Sila Layari Kemudahan Yang Disediakan
Kepada Anda Di Portal SPPB: https://sppb.treasury.gv.my akan dipaparkan di skrin. [Rajah
2.3]
5
e-Biz/ Versi 1.1
Rajah 2.3
7. Maklumat Langkah 2 : Pendaftaran Pengguna yang perlu dilengkapkan adalah seperti berikut:
a) No KP Baru*
Sila isi nombor kad pengenalan baru 12 digit tanpa tanda sengkang (“-“).
b) Kata Laluan*
Sila isi kata laluan dengan minimum kombinasi 12 aksara.
c) Pengesahan Kata Laluan*
Sila isi semula kata laluan sebagai pengesahan.
d) Nama Seperti Dalam KP*
Sila isi nama penuh seperti yang tercatat dalam kad pengenalan Awam, Tentera atau Polis.
e) Nama Syarikat*
Sila isi nama syarikat yang telah didaftarkan.
6
e-Biz/ Versi 1.1
f)
No Pendaftaran Syarikat *
Sila isikan No. Pendaftaran (Syarikat / Peguam / Pemaju).
g) Kategori*
Sila pilih satu (1) daripada kategori berikut :
•
•
•
•
•
•
Pemaju/Kontraktor
Peguam
Perunding/Ejen
Syarikat Insuran
Bank / Institusi Kewangan
Warga HLD
h) E-mel*
Sila isi alamat e-mel sama ada alamat e-mel rasmi jabatan atau alamat e-mel peribadi.
i) No. Tel (Pejabat)*
Sila isikan no. telefon pejabat 12 digit tanpa tanda sengkang (“-“).
j) No. Tel. (Bimbit)*
Sila isikan no. telefon bimbit 12 digit tanpa tanda sengkang (“-“).
k) Soalan Keselamatan*
Sila pilih satu (1) daripada soalan keselamatan berikut:
•
•
•
Nama Ibu Anda
Pasukan Bola Sepak Kegemaran Anda
Kereta Pertama Anda
l) Jawapan Keselamatan*
Sila isi jawapan keselamatan berdasarkan soalan keselamatan yang telah dipilih.
8.
Sila klik butang
untuk Langkah 2 : Pendaftaran Pengguna. [Rajah 2.2]
9.
Sekiranya maklumat Pendaftaran Pengguna masih belum wujud dan sah, sistem akan mewujudkan ID
pengguna bagi pemohon dan memaparkan mesej ‘Permohonan Anda Sedang Disahkan, E-mel
Pengesahan Akan Dihantar ke e-mel pemohon. Sila semak’. [Rajah 2.4]
10. Pengesahan pendaftaran pengguna akan dimaklumkan melalui e-mel pemohon dalam tempoh 24 jam
(waktu bekerja).
7
e-Biz/ Versi 1.1
Rajah 2.4
3.0 PENDAFTARAN ID PENGGUNA (WARGA HLD)
Rajah 3.1
8
e-Biz/ Versi 1.1
1. Pengguna kali pertama e-Biz dikehendaki mendaftarkan ID pengguna.
2. Maklumat yang bertanda * adalah wajib diisi.
3. Sila klik Warga HLD dan perlu mengisi Langkah 1 : Pengesahan No KP Warga HLD. [Rajah 3.1]
4. Sila klik butang
untuk membuat pendaftaran ID baru. [Rajah 3.2]
Rajah 3.2
9
e-Biz/ Versi 1.1
5. Sekiranya maklumat No. KP pemohon masih belum wujud dan sah, sistem akan memaparkan
Pendaftaran Pengguna bagi pemohon dan memaparkan mesej ‘Anda Layak Mendaftar. Sila Isikan
Setiap Ruang Kosong Beserta Alamat Email Yang Aktif’. [Rajah 3.2]
6. Sebaliknya sekiranya pengguna yang ingin mendaftar merupakan Peminjam BPP, mesej amaran
‘Maaf. Anda Bukan Warga HLD yang Sah akan dipaparkan di skrin. [Rajah 3.3]
Rajah 3.3
10
e-Biz/ Versi 1.1
4.0 LOG MASUK KE SISTEM e-BIZ
Rajah 4.1
1. Paparan Log Masuk akan dipaparkan setelah memasukkan url https://bpp2c.treasury.gov.my/ebiz.
[Rajah 4.1]
2. Masukkan nombor kad pengenalan pengguna di medan No. KP Pengguna dan kata laluan di medan
Kata Laluan.
3. Kemudian klik butang
atau tekan kekunci [ENTER].
4. Jika nombor kad pengenalan dan kata laluan tidak sah, mesej amaran ‘Log Masuk Tidak Berjaya’
akan dipaparkan. [Rajah 4.2]
11
e-Biz/ Versi 1.1
Rajah 4.2
12
e-Biz/ Versi 1.1
5. Sebaliknya jika nombor kad pengenalan pengguna dan kata laluan adalah sah, menu utama e-Biz
akan dipaparkan. [Rajah 4.3]
Rajah 4.3
6. Halaman Utama akan dipaparkan apabila pengguna berjaya masuk ke sistem e-Biz.
[Rajah 4.3]
7. Halaman Utama memaparkan maklumat asas pemohon seperti berikut:



Nama – Nama Pengguna Yang Aktif
Profil – Kemaskini Kata Laluan
Keluar – Ikon Keluar Daripada Sistem
13
e-Biz/ Versi 1.1
5.0 LUPA KATALALUAN
Rajah 5.1
1. Sekiranya pengguna lupa katalaluan yang telah didaftarkan, Klik Lupa Katalaluan yang terdapat pada
halaman utama.[Rajah 1.1] Halaman untuk menukar kata laluan akan terpapar.
2. Masukkan alamat e-mel yang telah didaftarkan semasa pendaftaran e-Biz. Sekiranya alamat e-mel
bukan merupakan e-mel yang telah didaftarkan, mesej amaran ‘Sila Masukkan E-mel Yang Sah’
akan dipaparkan. [Rajah 5.1]
3. Sekiranya alamat e-mel sah, mesej ‘E-mel telah dihantar ke e-mel pemohon. Sila semak’ akan
dipaparkan. [Rajah 5.2]
4. E-mel untuk penukaran kata laluan baru akan dihantar ke alamat e-mel pengguna. Pengguna perlu
memasukkan No Kad Pengenalan yang telah didaftarkan beserta kata laluan yang baru. [Rajah 5.3]
14
e-Biz/ Versi 1.1
Rajah 5.2
Rajah 5.3
15
e-Biz/ Versi 1.1
6.0 KEMASKINI PROFIL
Rajah 6.1
1. Sila klik ikon KEMASKINI PROFIL. [Rajah 6.1]
2. Maklumat yang boleh dikemaskini adalah seperti berikut:
a. No. KP Pengguna*
Sila isi nombor kad pengenalan baru 12 digit tanpa tanda sengkang (“-“).
b. Kata Laluan Lama*
Sila isi kata laluan lama dengan minimum kombinasi 12 aksara.
c. Kata Laluan Baru*
Sila isi kata laluan baru dengan minimum kombinasi 12 aksara.
d. Pengesahan Kata Laluan*
Sila isi semula kata laluan sebagai pengesahan.
3. Kemudian klik butang
atau tekan kekunci [ENTER].
16
e-Biz/ Versi 1.1
7.0 CARIAN MAKLUMAT
1. Jika Log Masuk Berjaya, paparan Carian Maklumat dipaparkan seperti rajah di bawah. [Rajah 7.1]
Rajah 7.1
2. Untuk Carian Maklumat, sila pilih submenu No KP Baru, No KP Lama, No Polis/Tentera, No Akaun
atau No Fail, kemudian masukkan maklumat berdasarkan submenu yang dipilih. [Rajah 7.1]
3. Sila klik butang
. [Rajah 7.1]
4. Sekiranya Carian Maklumat dijumpai, mesej ‘Carian berjaya dijumpai’ akan dipaparkan.
5. Semakan Carian bagi Maklumat Pinjaman akan dipaparkan. [Rajah 7.2]
Rajah 7.2
17
e-Biz/ Versi 1.1
6. Jika Carian Maklumat tidak berjaya, mesej amaran ‘Fail Peminjam Ini Tiada Dalam Sistem’ akan
dipaparkan. [Rajah 7.3]
Rajah 7.3
8.0 MENU CARIAN
1. Terdapat 4 tab untuk MENU seperti berikut:




Carian Pinjaman
Maklumat Pinjaman
Maklumat Cagaran / Harta
Maklumat Bayaran Kemajuan
8.1 Carian Pinjaman
Rajah 8.1
18
e-Biz/ Versi 1.1
2. Untuk Carian Pinjaman, paparan seperti rajah di atas. [Rajah 8.1]
3. Untuk paparan maklumat pinjaman, sila klik butang
untuk tindakan.
4. Paparan Maklumat Pinjaman akan dipaparkan seperti rajah di bawah. [Rajah 8.2]
8.2 Maklumat Pinjaman
Rajah 8.2
19
e-Biz/ Versi 1.1
8.3 Maklumat Cagaran /Harta
Rajah 8.3
5. Untuk Maklumat Cagaran/Harta, paparan seperti rajah di atas. [Rajah 8.3]
20
e-Biz/ Versi 1.1
8.4 Maklumat Bayaran Kemajuan
Rajah 8.4
6. Untuk Maklumat Bayaran Kemajuan, paparan seperti rajah di atas. [Rajah 8.4]
7. Untuk paparan Surat Makluman bagi status bayaran kemajuan, sila klik butang
untuk paparan
dan cetak Surat Iringan.
21
e-Biz/ Versi 1.1
8. Paparan Surat Iringan mengandungi Maklumat Bayaran Melalui Cek/EFT dipaparkan seperti rajah di
bawah. [Rajah 8.5]
Rajah 8.5
22
e-Biz/ Versi 1.1