Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Bahasa Melayu

TERHAD
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)
PEPERIKSAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)
Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Kerja Kursus Bahasa Melayu
Kertas 4 (910/4): Penulisan Esei Berformat
Penggal 2 Tahun 2014
PERINGATAN:
Manual ini khusus untuk kegunaan guru atau pemeriksa dan calon sahaja.
Manual ini terdiri daripada 25 halaman bercetak.
© Majlis Peperiksaan Malaysia 2013
1
TERHAD
TERHAD
KANDUNGAN
Perkara
Halaman
BAHAGIAN I: GURU DAN PEMERIKSA
1
Pengenalan
3
2
Objektif
3
3
Pelaksanaan Kerja Kursus
3.1 Arahan Kerja Kursus
3
3
4
3.2 Tanggungjawab Pengetua
3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
3.4 Tanggungjawab Pemeriksa
3.4.1 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta
5
3.4.2 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu
5
6
3.5 Tanggungjawab Guru Sekolah Swasta
BAHAGIAN II: CALON
4
3.6 Tanggungjawab Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
7
3.7 Tanggungjawab Calon Sekolah Swasta
7
3.8 Tanggungjawab Calon Persendirian Individu
8
3.9 Kes Plagiat PBS
9
Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus
4.1 Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
10
4.2 Calon Sekolah Swasta
13
4.3 Calon Persendirian Individu
17
5
Format Penulisan
19
6
Struktur Penulisan
19
7
Penskoran
20
8
Borang yang Digunakan
22
Lampiran 1: Muka Hadapan Kerja Kursus
23
Lampiran 2: Borang Perakuan Calon
24
Lampiran 3: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon
25
2
TERHAD
TERHAD
BAHAGIAN I: GURU DAN PEMERIKSA
1
PENGENALAN
Setiap calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) wajib melaksanakan kerja
kursus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Wajaran markah bagi kerja kursus ini adalah
sebanyak 8%. Markah kerja kursus ini akan diambil kira bersama-sama dengan markah ujian
bertulis penggal 1, 2, dan 3 bagi tujuan penggredan mata pelajaran.
2
OBJEKTIF
Tujuan kerja kursus ini dilaksanakan adalah untuk menilai dan memperkukuh kebolehan dan
keupayaan calon untuk
3
2.1
memahami dan mengaplikasi pengetahuan dan sistem bahasa Melayu
2.2
menerapkan domain kemahiran insaniah dalam mata pelajaran ini
PELAKSANAAN KERJA KURSUS
3.1
Arahan Kerja Kursus
(a) Kerja kursus bahasa Melayu (penulisan esei berformat) wajib dilaksanakan oleh semua
calon pada penggal 2.
(b) Calon dikehendaki menulis lapan esei berformat berdasarkan soalan yang disediakan
oleh guru atau pemeriksa.
(c) Tempoh pelaksanaan kerja kursus ini adalah sepanjang penggal 2.
3.2
Tanggungjawab Pengetua
(a) Mempengerusikan Mesyuarat Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tingkatan Enam
peringkat sekolah
(b) Memastikan semua calon yang menghasilkan penulisan esei berformat mendapat
bimbingan daripada guru
(c) Memastikan pelaksanaan penulisan esei berformat diserapkan dalam strategi
pengajaran dan bukan merupakan kerja tambahan yang memerlukan persediaan dan
waktu yang berasingan
(d) Mendapatkan maklumat daripada guru bahasa Melayu mengenai perkembangan
penulisan esei berformat calon dan masalah yang mungkin dihadapi oleh calon
(e) Memastikan penulisan esei berformat dilaksanakan dengan teratur dalam tempoh yang
ditetapkan
(f)
Memastikan penulisan esei berformat calon dihantar kepada guru mengikut tarikh
yang ditetapkan
(g) Memastikan guru menyemak dan menilai penulisan esei berformat calon berdasarkan
skema pemarkahan yang ditetapkan oleh MPM
(h) Memastikan guru menghantar markah penulisan esei berformat calon kepada MPM
mengikut tarikh yang ditetapkan
(i)
Mengesahkan markah penulisan esei berformat yang diperoleh calon dengan
menandatangani borang rumusan markah yang dicetak daripada perisian e-submission
(j)
Memastikan penyediaan ruang untuk penyimpanan evidens penulisan esei berformat
calon di sekolah
3
TERHAD
TERHAD
(k) Memastikan guru menyimpan evidens penulisan esei berformat calon dari tarikh
penghantaran markah melalui e-submission hingga tarikh keputusan STPM
diumumkan
(l)
3.3
Memastikan evidens penulisan esei berformat calon dilupuskan dalam tempoh enam
bulan selepas tarikh keputusan STPM diumumkan
Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual PBS Bahasa Melayu yang
disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon
(b) Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan penulisan esei berformat
(c) Menyediakan soalan penulisan esei berformat untuk calon. Soalan yang disediakan
mestilah asli dan tidak diciplak daripada mana-mana sumber. Sekiranya guru
menciplak soalan daripada mana-mana sumber, MPM akan mengarahkan guru
berkenaan untuk menyediakan soalan esei berformat semula dan calon perlu menulis
esei berformat berkenaan semula.
(d) Menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi setiap jenis format esei
(e) Menyerahkan soalan penulisan esei berformat kepada calon pada akhir P&P setiap
format esei
(f)
Membimbing calon menghasilkan penulisan esei berformat
(g) Memastikan calon menulis esei berformat dalam waktu P&P
(h) Memastikan calon menulis kelapan-lapan esei berformat tanpa meniru, menyalin,
atau menciplak esei daripada mana-mana sumber. Sewaktu penulisan esei berformat,
calon dibenarkan untuk membawa/merujuk kepada bahan-bahan rujukan yang
berkaitan. Bahan rujukan boleh terdiri daripada isi-isi penting sahaja. Calon tidak
dibenarkan untuk membawa bahan rujukan berbentuk esei penuh. Guru tidak
dibenarkan untuk menyediakan draf jawapan atau esei penuh untuk calon.
(i)
Memastikan calon menguasai format esei sebelum mengajarkan jenis format esei yang
lain
(j)
Memastikan semua calon menghantar kelapan-lapan penulisan esei berformat untuk
disemak dan dinilai. Sekiranya calon tidak menghantar salah satu esei berformat,
calon akan diberikan gred X.
(k) Menyemak dan menilai penulisan esei berformat calon berdasarkan skema
pemarkahan yang ditetapkan oleh MPM
(l)
Memberikan peluang kepada calon untuk menambah baik markah masing-masing
(m) Menandatangani borang perakuan calon (Lampiran 2) yang telah ditandatangani oleh
calon dan borang rumusan markah kerja kursus calon (Lampiran 3)
(n) Menghantar markah penulisan esei berformat calon kepada MPM dengan
menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan
(o) Menyediakan sampel penulisan esei berformat yang dihasilkan oleh calon untuk
penyelarasan markah oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK)
(p) Menyimpan evidens penulisan esei berformat calon dari tarikh penghantaran markah
melalui e-submission hingga tarikh keputusan STPM diumumkan
(q) Melupuskan evidens penulisan esei berformat calon dalam tempoh enam bulan selepas
tarikh keputusan STPM diumumkan
4
TERHAD
TERHAD
3.4
Tanggungjawab Pemeriksa
(Guru sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan yang dilantik sebagai pemeriksa
kerja kursus calon sekolah swasta dan calon persendirian individu)
3.4.1 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta
(a)
Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual PBS Bahasa Melayu yang
disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon
(b) Menyerahkan soalan esei berformat kepada sekolah swasta yang ditetapkan
oleh MPM. Soalan yang diserahkan mestilah merupakan soalan yang
digunakan di sekolah pemeriksa sendiri.
(c) Menandatangani borang rumusan markah kerja kursus calon (Lampiran 3)
(d) Menyemak dan menilai penulisan esei berformat calon berdasarkan skema
pemarkahan yang ditetapkan oleh MPM
(e) Menghantar markah penulisan esei berformat calon kepada MPM dengan
menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan
(f)
Menyediakan sampel penulisan esei berformat yang dihasilkan oleh calon
untuk penyelarasan markah oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK)
(g) Menyimpan evidens penulisan esei berformat calon di JPN yang ditetapkan dari
tarikh penghantaran markah melalui e-submission hingga tarikh keputusan
STPM diumumkan (bagi sekolah swasta yang tidak dibenarkan untuk
menyimpan evidens penulisan esei berformat sahaja)
(h) Melupuskan evidens penulisan esei berformat calon dalam tempoh enam bulan
selepas tarikh keputusan STPM diumumkan (bagi sekolah swasta yang tidak
dibenarkan untuk menyimpan evidens penulisan esei berformat sahaja)
3.4.2 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu
(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual PBS Bahasa Melayu yang
disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon
(b) Menemui calon untuk memberikan penerangan tentang pelaksanaan penulisan
esei berformat dari aspek pelaksanaan tugasan, penilaian tugasan, dan tarikh
akhir penyerahan tugasan
(c) Menyerahkan soalan esei berformat kepada calon. Soalan yang diserahkan
mestilah merupakan soalan yang digunakan di sekolah pemeriksa sendiri.
(d) Memastikan calon menulis kelapan-lapan esei berformat tanpa meniru,
menyalin, atau menciplak esei daripada mana-mana sumber.
(e) Memastikan calon menghantar kelapan-lapan penulisan esei berformat untuk
disemak dan dinilai. Sekiranya calon tidak menghantar salah satu esei
berformat, calon akan diberikan gred X.
(f)
Menyemak dan menilai penulisan esei berformat calon berdasarkan skema
pemarkahan yang ditetapkan oleh MPM
(g) Menandatangani borang perakuan calon (Lampiran 2) yang telah
ditandatangani oleh calon dan borang rumusan markah kerja kursus calon
(Lampiran 3)
(h) Menghantar markah penulisan esei berformat calon kepada MPM dengan
menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan
(i)
Menyediakan sampel penulisan esei berformat yang dihasilkan oleh calon
untuk penyelarasan markah oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK)
5
TERHAD
TERHAD
(j)
Menyimpan evidens penulisan esei berformat calon di JPN yang ditetapkan dari
tarikh penghantaran markah melalui e-submission hingga tarikh keputusan
STPM diumumkan
(k) Melupuskan evidens penulisan esei berformat calon dalam tempoh enam bulan
selepas tarikh keputusan STPM diumumkan
3.5 Tanggungjawab Guru Sekolah Swasta
(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual PBS Bahasa Melayu yang
disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon
(b)
Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan penulisan esei berformat
dari aspek tugasan
(c) Menghubungi pemeriksa yang ditetapkan oleh MPM untuk mendapatkan soalan
penulisan esei berformat
(d) Menjalankan P&P bagi setiap jenis format esei
(e) Membimbing calon menghasilkan penulisan esei berformat
(f) Memastikan calon menulis esei berformat dalam waktu P&P
(g) Memastikan calon menulis kelapan-lapan esei berformat tanpa meniru, menyalin, atau
menciplak esei daripada mana-mana sumber. Sewaktu penulisan esei berformat, calon
dibenarkan untuk membawa/merujuk kepada bahan-bahan rujukan yang berkaitan.
Bahan rujukan boleh terdiri daripada isi-isi penting sahaja. Calon tidak dibenarkan
untuk membawa bahan rujukan berbentuk esei penuh. Guru tidak dibenarkan
untuk menyediakan draf jawapan atau esei penuh untuk calon.
(h) Memastikan calon menguasai format esei sebelum mengajarkan jenis format esei yang
lain
(i)
Menandatangani borang perakuan calon (lampiran 2) yang telah ditandatangani oleh
calon
(j)
Memastikan semua calon menghantar kelapan-lapan penulisan esei berformat untuk
disemak dan dinilai oleh pemeriksa yang dilantik oleh MPM. Sekiranya calon tidak
menulis salah satu esei berformat, calon akan diberikan gred X.
(k) Menyerahkan penulisan esei berformat yang dihantar oleh calon kepada pemeriksa yang
dilantik oleh MPM untuk disemak dan dinilai. Tarikh akhir penghantaran penulisan
esei berformat bagi setiap jenis format esei adalah seperti yang berikut:
(i) Laporan, teks ucapan, ceramah, dan syarahan: 21 Februari 2014
(ii) Memorandum, minit mesyuarat, kertas cadangan, dan surat kiriman rasmi:
18 April 2014
6
TERHAD
TERHAD
BAHAGIAN II: CALON
3.6 Tanggungjawab Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual PBS Bahasa Melayu yang
disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon
(b) Mendengar penerangan guru mengenai pelaksanaan penulisan esei berformat
(c) Mengikuti sesi P&P bagi setiap jenis format esei
(d) Menerima soalan penulisan esei berformat daripada guru
(e) Menulis esei berformat secara individu dalam waktu P&P
(f)
Menulis lapan esei berformat, iaitu satu esei bagi setiap format yang berikut:
(i) Syarahan
(ii) Ceramah
(iii) Teks ucapan
(iv) Memorandum
(v) Laporan
(vi) Minit mesyuarat
(vii) Kertas cadangan
(viii) Surat kiriman rasmi
* Markah untuk surat kiriman rasmi tidak akan diambil kira dalam penggredan
PBS Penggal 2.
Sekiranya calon tidak menulis salah satu esei berformat, calon akan diberikan gred
X.
(g) Menulis kelapan-lapan esei berformat tanpa meniru, menyalin, atau menciplak esei
daripada mana-mana sumber. Sewaktu penulisan esei berformat, calon dibenarkan
untuk membawa/merujuk kepada bahan-bahan rujukan yang berkaitan. Bahan rujukan
boleh terdiri daripada isi-isi penting sahaja. Calon tidak dibenarkan untuk
membawa bahan rujukan berbentuk esei penuh. Guru tidak dibenarkan untuk
menyediakan draf jawapan atau esei penuh untuk calon.
(h) Menghantar kelapan-lapan penulisan esei berformat kepada guru pada tarikh yang
ditetapkan untuk disemak dan dinilai. Sekiranya calon tidak menghantar salah satu
esei berformat, calon akan diberikan gred X.
(i)
Menambah baik markah penulisan esei berformat yang telah disemak oleh guru.
(j)
Menandatangani borang perakuan calon (Lampiran 2). Borang perakuan hendaklah
ditandatangani setelah selesai semua penulisan esei berformat.
3.7 Tanggungjawab Calon Sekolah Swasta
(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual PBS Bahasa Melayu yang
disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon
(b) Mendengar penerangan guru mengenai pelaksanaan penulisan esei berformat
(c) Mengikuti sesi P&P bagi setiap jenis format esei
(d) Menerima soalan penulisan esei berformat daripada guru
(e) Menulis esei berformat secara individu dalam waktu P&P
7
TERHAD
TERHAD
(f)
Menulis lapan esei berformat, iaitu satu esei bagi setiap format yang berikut:
(i) Syarahan
(ii) Ceramah
(iii) Teks ucapan
(iv) Memorandum
(v) Laporan
(vi) Minit mesyuarat
(vii) Kertas cadangan
(viii) Surat kiriman rasmi
* Markah untuk surat kiriman rasmi tidak akan diambil kira dalam penggredan
PBS Penggal 2.
Sekiranya calon tidak menulis salah satu esei berformat, calon akan diberikan gred
X.
(g)
Menulis kelapan-lapan esei berformat tanpa meniru, menyalin, atau menciplak esei
daripada mana-mana sumber. Sewaktu penulisan esei berformat, calon dibenarkan
untuk membawa/merujuk kepada bahan-bahan rujukan yang berkaitan. Bahan rujukan
boleh terdiri daripada isi-isi penting sahaja. Calon tidak dibenarkan untuk
membawa bahan rujukan berbentuk esei penuh. Guru tidak dibenarkan untuk
menyediakan draf jawapan atau esei penuh untuk calon.
(h) Menghantar kelapan-lapan penulisan esei berformat kepada guru pada tarikh yang
ditetapkan untuk disemak dan dinilai oleh pemeriksa yang dilantik oleh MPM. Tarikh
akhir penghantaran penulisan esei berformat bagi setiap jenis format esei adalah seperti
yang berikut:
(i) Laporan, teks ucapan, ceramah, dan syarahan: 21 Februari 2014
(ii) Memorandum, minit mesyuarat, kertas cadangan, dan surat kiriman rasmi:
18 April 2014
Sekiranya calon tidak menulis salah satu esei berformat, calon akan diberikan gred
X.
(i)
Menambah baik penulisan esei berformat dari semasa ke semasa sebelum tarikh akhir
penghantaran
(j)
Menandatangani borang perakuan calon (Lampiran 2). Borang perakuan hendaklah
ditandatangani setelah selesai semua penulisan esei berformat.
3.8 Tanggungjawab Calon Persendirian Individu
(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual PBS Bahasa Melayu yang
disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon
(b) Bertemu dengan pemeriksa untuk mendapatkan maklumat tentang pelaksanaan
penulisan esei berformat dari aspek pelaksanaan tugasan, penilaian tugasan, dan tarikh
akhir penyerahan tugasan.
(c) Menerima soalan penulisan esei berformat daripada pemeriksa
(e) Menulis esei berformat secara individu
(f)
Menulis lapan esei berformat, iaitu satu esei bagi setiap format yang berikut:
(i) Syarahan
(ii) Ceramah
(iii) Teks ucapan
8
TERHAD
TERHAD
(iv) Memorandum
(v) Laporan
(vi) Minit mesyuarat
(vii) Kertas cadangan
(viii) Surat kiriman rasmi
* Markah untuk surat kiriman rasmi tidak akan diambil kira dalam penggredan
PBS Penggal 2.
Sekiranya calon tidak menulis salah satu esei berformat, calon akan diberikan gred
X.
(g) Menulis kelapan-lapan esei berformat tanpa meniru, menyalin, atau menciplak esei
daripada mana-mana sumber
(h) Menghantar kelapan-lapan penulisan esei berformat kepada pemeriksa yang dilantik
oleh MPM pada tarikh yang ditetapkan untuk disemak dan dinilai. Tarikh akhir
penghantaran penulisan esei berformat bagi setiap jenis format esei adalah seperti yang
berikut:
(i) Laporan, teks ucapan, ceramah, dan syarahan: 21 Februari 2014
(ii) Memorandum, minit mesyuarat, kertas cadangan, dan surat kiriman rasmi:
18 April 2014
Sekiranya calon tidak menulis salah satu esei berformat, calon akan diberikan gred
X.
(i)
Menambah baik penulisan esei berformat dari semasa ke semasa sebelum tarikh akhir
penghantaran
(j)
Menandatangani borang perakuan calon (Lampiran 2). Borang perakuan hendaklah
ditandatangani setelah selesai semua penulisan esei berformat.
3.9 Kes Plagiat PBS
(a) Calon mestilah menulis esei berformat sendiri, berdasarkan soalan yang disediakan oleh
guru atau pemeriksa, tanpa meniru, menyalin, atau menciplak esei daripada
mana-mana sumber.
(b) Perbincangan soalan dan isi penulisan esei boleh diadakan dalam waktu P&P. Namun
demikian, calon mesti menulis esei sendiri, tanpa bantuan daripada mana-mana pihak.
(c) Jika calon didapati meniru, menyalin, atau menciplak mana-mana bahagian esei,
calon akan diberikan 0 markah pada bahagian berkenaan.
(d) Jika calon didapati meniru, menyalin, atau menciplak keseluruhan kandungan esei
daripada mana-mana sumber, calon akan diberikan 0 markah untuk esei berkenaan.
9
TERHAD
TERHAD
4
JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS
4.1 Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
Tarikh
Perkara
Tindakan Guru
17/12/2013
Manual
pelaksanaan
penulisan esei
berformat
Melayari portal
MPM untuk
memuat turun
Manual PBS
Bahasa Melayu
yang disediakan
oleh MPM untuk
guru, pemeriksa,
dan calon
Penyediaan
soalan esei
berformat
Menyediakan
lapan soalan esei
berformat
berdasarkan
kandungan
sukatan pelajaran
6/1/2014
hingga
10/1/2014
Pengenalan
penulisan esei
berformat
Memberikan
penerangan
kepada calon
tentang
pelaksanaan
penulisan esei
berformat dari
aspek tugasan
dan tarikh
penyerahan
tugasan
Mendengar
penerangan guru
mengenai aspek
tugasan yang
perlu
dilaksanakan
13/1/2014
hingga
11/4/2014
Pengajaran dan
pembelajaran
(P&P) esei
berformat
Mengadakan sesi
P&P di dalam
bilik darjah
tentang format
esei, seperti yang
terkandung
dalam sukatan
pelajaran
Mengikuti
P&P dan
mempelajari
format esei
10
Tindakan Calon
Melayari portal
MPM untuk
memuat turun
Manual PBS
Bahasa Melayu
yang disediakan
oleh MPM untuk
guru, pemeriksa,
dan calon
Catatan
MPM
memuat naik
Manual PBS
Bahasa
Melayu pada
16 Disember
2013
TERHAD
TERHAD
Tarikh
Perkara
Tindakan Guru
Penulisan esei
berformat
Menyerahkan
soalan esei
berformat
kepada calon
dan
membimbing
mereka dalam
penulisan esei
berformat
Menerima soalan
esei berformat
dan menulis esei
berdasarkan
soalan yang
diterima
Penghantaran,
penyemakan,
dan penilaian
penulisan esei
berformat
Menyemak dan
menilai
penulisan esei
berformat
berdasarkan
skema
pemarkahan
yang ditetapkan
oleh MPM
Menghantar
penulisan esei
berformat yang
dihasilkan kepada
guru untuk
disemak dan
dinilai
* Pelaksanaan
penulisan esei
berformat
hendaklah
dibuat apabila
P&P bagi
sesuatu format
esei telah
selesai.
Tindakan Calon
Catatan
Penghantaran
esei
berformat:
Setiap
penulisan esei
berformat
yang
dihasilkan
oleh calon
hendaklah
terus dihantar
kepada guru
sebelum guru
memulakan
P&P bagi
format esei
yang lain.
Penyemakan
dan penilaian
penulisan esei
berformat:
Guru
hendaklah
menyemak
dan menilai
semua
penulisan esei
berformat
yang dihantar
oleh calon.
Guru mestilah
memberikan
peluang kepada
calon untuk
menambah baik
markah
masing-masing.
11
TERHAD
TERHAD
Tarikh
14/4/2014
hingga
14/5/2014
Jun 2014
hingga
Oktober 2015
Perkara
Tindakan Guru
Tindakan Calon
Penghantaran
markah
penulisan esei
berformat
kepada MPM
Menghantar
markah
penulisan esei
berformat calon
kepada MPM
dengan
menggunakan
perisian
e-submission
Tidak berkenaan
Penyelarasan
PBS oleh
KPK
Mengemukakan
sampel
penulisan esei
berformat untuk
penyelarasan
markah oleh
KPK
Tidak berkenaan
Penyimpanan
evidens
Menyimpan
evidens
penulisan esei
berformat di
sekolah dari
tarikh
penghantaran
markah melalui
e-submission
hingga tarikh
keputusan
STPM
diumumkan
Tidak berkenaan
12
Catatan
Sampel
mestilah
terdiri
daripada
penulisan esei
berformat
calon yang
dipilih oleh
KPK.
TERHAD
TERHAD
4.2
Sekolah Swasta
Tarikh
Perkara
17/12/2013
6/1/2014
hingga
10/1/2014
Tindakan
Pemeriksa
Tindakan Guru
Tindakan Calon
Manual
pelaksanaan
penulisan
esei
berformat
Melayari
portal MPM
untuk memuat
turun Manual
PBS Bahasa
Melayu yang
disediakan
oleh MPM
untuk guru,
pemeriksa,
dan calon
Melayari
portal MPM
untuk memuat
turun Manual
PBS Bahasa
Melayu yang
disediakan
oleh MPM
untuk guru,
pemeriksa,
dan calon
Melayari portal
MPM untuk
memuat turun
Manual PBS
Bahasa Melayu
yang disediakan
oleh MPM
untuk guru,
pemeriksa,
dan calon
Pengenalan
penulisan esei
berformat
Memberikan
penerangan
kepada calon
mengenai
pelaksanaan
penulisan esei
berformat dari
aspek tugasan
dan tarikh
penyerahan
tugasan
Mendengar
penerangan
guru
mengenai
aspek tugasan
yang perlu
dilaksanakan
Menyerahkan
soalan penulisan
esei berformat
kepada guru
sekolah swasta
yang ditetapkan
oleh MPM
Catatan
MPM memuat
naik Manual
PBS Bahasa
Melayu pada
16 Disember
2013
Menerima
soalan
penulisan esei
berformat
daripada
pemeriksa
yang
ditetapkan
oleh MPM
13/1/2014
hingga
14/2/2014
Pengajaran
dan
pembelajaran
(P&P) esei
berformat
Mengadakan
sesi P&P
di dalam bilik
darjah bagi
format esei
yang berikut:
(i) Laporan
(ii) Teks
ucapan
(iii) Ceramah
Mengikuti
P&P dan
mempelajari
format esei
yang berikut:
Tidak
berkenaan
(i) Laporan
(ii) Teks
ucapan
(iii) Ceramah
(iv) Syarahan
(iv) Syarahan
13
TERHAD
TERHAD
Tarikh
Tindakan
Pemeriksa
Perkara
Tindakan Guru
Tindakan Calon
Penulisan esei
berformat
Menyerahkan
soalan
penulisan esei
berformat
kepada calon
Menulis laporan,
teks ucapan,
ceramah, dan
syarahan
berdasarkan
soalan yang
diberikan oleh
guru
Tidak
berkenaan
Menghantar
penulisan esei
berformat
laporan, teks
ucapan, ceramah,
dan syarahan
kepada guru
untuk diserahkan
kepada
pemeriksa untuk
disemak dan
dinilai
Menerima,
menyemak,
dan menilai
penulisan esei
berformat
laporan, teks
ucapan,
ceramah, dan
syarahan yang
diserahkan
oleh guru
sekolah
swasta
Membimbing
calon menulis
laporan, teks
ucapan,
ceramah, dan
syarahan
17/2/2014
hingga
21/2/2014
Penghantaran,
penyemakan,
dan penilaian
penulisan esei
berformat
24/2/2014
hingga
11/4/2014
Pengajaran
dan
pembelajaran
(P&P) esei
berformat
Penulisan esei
berformat
Memastikan
semua calon
menghantar
penulisan esei
berformat
laporan, teks
ucapan,
ceramah, dan
syarahan serta
menyerahkannya kepada
pemeriksa
untuk disemak
dan dinilai
Mengadakan
Mengikuti P&P
sesi P&P di
dan mempelajari
dalam bilik
format esei yang
darjah bagi
berikut:
format esei yang
(i) Memorandum
berikut:
(ii) Minit
(i) Memorandum
mesyuarat
(ii) Minit
(iii) Kertas
mesyuarat
cadangan
(iii) Kertas
(iv) Surat
cadangan
kiriman
(iv) Surat kiriman
rasmi
rasmi
Membimbing
calon menulis
memorandum,
minit mesyuarat,
kertas cadangan,
dan surat
kiriman rasmi
Menulis
memorandum,
minit mesyuarat,
kertas cadangan,
dan surat kiriman
rasmi berdasarkan
soalan yang
diberikan oleh
guru
14
Catatan
Tidak
berkenaan
Tidak
berkenaan
TERHAD
TERHAD
Tindakan
Pemeriksa
Tarikh
Perkara
Tindakan Guru
Tindakan Calon
14/4/2014
hingga
18/4/2014
Penghantaran,
penyemakan,
dan penilaian
penulisan esei
berformat
Memastikan
semua calon
menghantar
penulisan esei
berformat
memorandum,
minit mesyuarat,
kertas cadangan,
dan surat
kiriman rasmi
serta
menyerahkannya kepada
pemeriksa untuk
disemak dan
dinilai
Menghantar
penulisan esei
berformat
memorandum,
minit mesyuarat,
kertas cadangan,
dan surat
kiriman rasmi
kepada
pemeriksa untuk
disemak dan
dinilai
Menerima,
menyemak,
dan menilai
penulisan esei
berformat
memorandum,
minit
mesyuarat,
kertas
cadangan,
dan surat
kiriman rasmi
yang
diserahkan
oleh guru
sekolah
swasta
14/4/2014
hingga
14/5/2014
Penghantaran
markah esei
berformat
kepada MPM
Tidak berkenaan
Tidak berkenaan
Menghantar
markah calon
kepada MPM
melalui
perisian
e-submission
Penyelarasan
PBS oleh KPK
Tidak berkenaan
Tidak berkenaan
Mengemukakan sampel
penulisan esei
berformat
untuk
penyelarasan
markah oleh
KPK
15
Catatan
Sampel
mestilah
terdiri
daripada
penulisan
esei
berformat
calon yang
dipilih oleh
KPK.
TERHAD
TERHAD
Tarikh
Jun 2014
hingga
Oktober
2015
Perkara
Penyimpanan
evidens
Tindakan Guru
Tindakan Calon
Tidak
berkenaan
Tidak
berkenaan
16
Tindakan
Pemeriksa
Catatan
Menyimpan
evidens
penulisan esei
berformat
di JPN yang
ditetapkan
dari tarikh
penghantaran
markah
melalui
e-submission
hingga tarikh
keputusan
STPM
diumumkan
TERHAD
TERHAD
4.3
Calon Persendirian Individu
Tarikh
Perkara
17/12/2013
Manual
pelaksanaan
penulisan esei
berformat
Tindakan
Pemeriksa
Tindakan Calon
Melayari portal
MPM untuk
memuat turun
Manual PBS
Bahasa Melayu
yang disediakan
oleh MPM untuk
guru, pemeriksa,
dan calon
Melayari portal
MPM untuk
memuat turun
Manual PBS
Bahasa Melayu
yang disediakan
oleh MPM untuk
guru, pemeriksa,
dan calon
Catatan
MPM memuat
naik Manual
PBS Bahasa
Melayu pada
16 Disember
2013
Menghubungi
calon
persendirian
individu yang
telah ditetapkan
oleh MPM untuk
memaklumkan
tarikh, masa, dan
tempat untuk
bertemu
6/1/2014
hingga
10/1/2014
Pengenalan
penulisan esei
berformat
Bertemu dengan
calon
persendirian
individu untuk
memberikan
penerangan
tentang
pelaksanaan
penulisan esei
berformat dari
aspek tugasan
dan
memaklumkan
tarikh
penyerahan
tugasan
Bertemu dengan
pemeriksa untuk
mendapatkan
maklumat tentang
pelaksanaan
penulisan esei
berformat dari
aspek tugasan dan
tarikh penyerahan
tugasan
Menyerahkan
soalan esei
berformat
kepada calon
17
TERHAD
TERHAD
Tarikh
Perkara
Tindakan Pemeriksa
Tindakan Calon
13/1/2014
hingga
14/2/2014
Penulisan esei
berformat
Tidak berkenaan
Menulis empat
esei berformat
berdasarkan
soalan yang
diberikan oleh
pemeriksa
(i) Laporan
(ii) Teks ucapan
(iii) Ceramah
(iv) Syarahan
17/2/2014
hingga
21/2/2014
Penghantaran
dan
penyemakan
penulisan esei
berformat
Menerima,
menyemak, dan
menilai penulisan
esei berformat
laporan, teks
ucapan, ceramah,
dan syarahan
yang dihantar
oleh calon
persendirian
individu
Menghantar
penulisan esei
berformat laporan,
teks ucapan,
ceramah, dan
syarahan kepada
pemeriksa untuk
disemak dan
dinilai
24/2/2014
hingga
11/4/2014
Penulisan esei
berformat
Tidak berkenaan
Menulis empat
esei berformat
berdasarkan
soalan yang
diberikan oleh
pemeriksa
Catatan
(i) Memorandum
(ii) Minit
mesyuarat
(iii) Kertas
cadangan
(iv) Surat kiriman
rasmi
14/4/2014
hingga
18/4/2014
Penghantaran
dan
penyemakan
penulisan esei
berformat
Menerima,
menyemak, dan
menilai penulisan
esei berformat
memorandum,
minit mesyuarat,
kertas cadangan,
dan surat kiriman
rasmi yang
dihantar oleh calon
persendirian
individu
18
Menghantar
penulisan esei
berformat
memorandum,
minit mesyuarat,
kertas cadangan,
dan surat kiriman
rasmi kepada
pemeriksa untuk
disemak
TERHAD
TERHAD
Tarikh
Perkara
Tindakan Pemeriksa
Tindakan Calon
14/4/2014
hingga
14/5/2014
Penghantaran
markah esei
berformat
kepada MPM
Menghantar
markah calon
kepada MPM
melalui perisian
e-submission
Tidak berkenaan
Penyelarasan
PBS oleh KPK
Mengemukakan
sampel penulisan
esei berformat
untuk
penyelarasan
markah oleh KPK
Tidak berkenaan
Penyimpanan
evidens
Menyimpan
evidens penulisan
esei berformat
calon di JPN yang
ditetapkan dari
tarikh
penghantaran
markah melalui
e-submission
hingga tarikh
keputusan STPM
diumumkan
Tidak berkenaan
Jun 2014
hingga
Oktober 2015
5
Catatan
Sampel
mestilah
terdiri
daripada
penulisan
esei
berformat
calon yang
dipilih oleh
KPK.
FORMAT PENULISAN
(i) Panjang esei berformat yang dihasilkan mestilah antara 600 hingga 650 patah perkataan.
(ii) Esei mestilah ditulis dengan menggunakan tulisan tangan.
6
STRUKTUR PENULISAN
Penulisan esei berformat oleh calon hendaklah mengikut format yang ditetapkan oleh MPM.
(Rujuk Format dan Contoh Penulisan Esei Berformat PBS Bahasa Melayu)
19
TERHAD
TERHAD
7
PENSKORAN
Skema Pemarkahan Esei Berformat
(i) Skema pemarkahan penulisan esei berformat laporan, syarahan, ceramah, teks ucapan,
dan memorandum
Perkara
Markah
Kerelevanan
16
Pendahuluan
Isi
(2)
(12)
Kesimpulan
(2)
Pengolahan
3
Bahasa
6
Jumlah
25
(ii) Skema pemarkahan penulisan esei berformat minit mesyuarat
Perkara
Markah
Ketepatan format dan kandungan
19
Tajuk
(1)
Tarikh/Hari/Masa/Tempat
(1)
Kehadiran
(1)
1.0
Ucapan
(3)
2.0
Pengesahan Minit Mesyuarat
(1)
3.0
Perkara Berbangkit
(2)
4.0
Perbincangan Aktiviti/Mesyuarat
(6)
5.0
Hal-hal Lain
(2)
6.0
Penangguhan/Penutup Mesyuarat
(1)
Tandatangan
(1)
Bahasa
6
Jumlah
25
20
TERHAD
TERHAD
(iii) Skema pemarkahan penulisan esei berformat kertas cadangan
Perkara
Markah
Ketepatan format dan kandungan
19
Muka depan
(1)
Pengenalan
(2)
Objektif
(3)
Rasional
(3)
Tarikh/Hari/Masa/Tempat
(1)
Peserta/Tetamu/Penceramah
(1)
Program Tentatif
(2)
Kewangan
(2)
AJK
(1)
Penutup
(2)
Tandatangan
(1)
Bahasa
6
Jumlah
25
(iv) Skema pemarkahan penulisan esei berformat surat kiriman rasmi
Perkara
Markah
Ketepatan format dan kandungan
19
Nama dan alamat pengirim
(1)
Garis panjang
(1)
Nama dan alamat penerima
Untuk perhatian (opsyenal)
(1)
Rujukan/Tarikh
(1)
Rujukan kehormat
(1)
Tajuk surat
(1)
Pendahuluan surat
(2)
Isi surat
(6)
Perenggan penutup surat
(2)
Penamat surat/Cogan kata
(1)
Pengakuan pengirim
(1)
Tandatangan dengan nama dan jawatan pengirim
(1)
Bahasa
6
Jumlah
25
21
TERHAD
TERHAD
8
BORANG YANG DIGUNAKAN
Terdapat tiga jenis borang yang digunakan, iaitu
(i) Muka hadapan kerja kursus (Lampiran 1)
(ii) Borang perakuan calon (Lampiran 2)
(iii) Borang rumusan markah kerja kursus calon (Lampiran 3)
22
TERHAD
TERHAD
Lampiran 1
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2014
PENULISAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK)
PENGGAL 2 TAHUN 2014
MATA PELAJARAN/KOD: BAHASA MELAYU 4 (910/4)
FORMAT ESEI
NAMA CALON
NOMBOR
KAD PENGENALAN
ANGKA GILIRAN
ALAMAT SEKOLAH/
ALAMAT CALON
NAMA
GURU/PEMERIKSA
TANDATANGAN
GURU/PEMERIKSA
TARIKH
MARKAH
23
TERHAD
TERHAD
Lampiran 2
BPC
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
Borang Perakuan Calon
Mata pelajaran: Bahasa Melayu
Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja kursus
calon, dan dilampirkan bersama-sama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru/pemeriksa.
Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan
sebarang markah untuk kerja kursus yang dihasilkan.
Nama Calon
..........................................................................................................
No. Kad Pengenalan Calon
..........................................................................................................
Angka Giliran Calon
..........................................................................................................
Nama Sekolah/Pusat PBS Calon
..........................................................................................................
Makluman kepada Calon:
Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus
calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan
calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu
dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut.
Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon:
Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan semua kerja kursus
(kerja projek) Bahasa Melayu (910) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan
penerangan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah (untuk
calon sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan).
Tandatangan Calon
..........................................................................................................
Tarikh
..........................................................................................................
Perakuan oleh Guru/Pemeriksa:
Saya mengesahkan bahawa semua kerja kursus (kerja projek) Bahasa Melayu (910) telah dihasilkan
mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus (kerja projek) calon
dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus (kerja projek) tersebut telah
dihasilkan sendiri oleh calon.
Tandatangan Guru/Pemeriksa
..........................................................................................................
Nama Guru/Pemeriksa
..........................................................................................................
Tarikh
..........................................................................................................
24
TERHAD
TERHAD
Lampiran 3
BRMKKC
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA ...........
BAHASA MELAYU (910/4: PENULISAN ESEI BERFORMAT)
BORANG RUMUSAN MARKAH KERJA KURSUS CALON
Nama Calon : …………………....................………
Angka Giliran : ………......………...…...........
No. Kad Pengenalan : …………….....……..............
Format/Kriteria penilaian
1.
Laporan
2.
Syarahan
3.
Ceramah
4.
Teks ucapan
5.
Memorandum
Format/kriteria penilaian
6.
Minit mesyuarat
7.
Kertas cadangan
8.
Surat Kiriman Rasmi
Penilai
Kerelevanan
[16]
Pengolahan
[3]
Ketepatan format
dan kandungan
[19]
Bahasa
[6]
Bahasa
[6]
Jumlah
[25]
Guru/pemeriksa
Penyelaras
Guru/pemeriksa
Penyelaras
Guru/pemeriksa
Penyelaras
Guru/pemeriksa
Penyelaras
Guru/pemeriksa
Penyelaras
Penilai
Jumlah
[25]
Guru/pemeriksa
Penyelaras
Guru/pemeriksa
Penyelaras
Guru/pemeriksa
Penyelaras
PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA
Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah
benar.
PENGESAHAN PENYELARAS
Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah
benar.
Tandatangan Guru/Pemeriksa:……………….………...…..
Tandatangan Penyelaras:…………………….….……..……..
Nama : …………………………………………………..…..
Nama : ………………………………………...…..…………..
No. Kad Pengenalan : ………………………………
No. Kad Pengenalan : ………………………………
Tarikh : ………………………………………..........
Tarikh : ………………………………………..........
No. Telefon (sekolah) : ………………………
(bimbit) : ………………………
No. Telefon (sekolah) : ………………………
(bimbit) : ………………………
Nota: Jumlah markah yang diperoleh calon hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan
perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan oleh MPM.
25
TERHAD