“Kempen BigSale 3" Hong Leong Bank (HLB) ("Kempen") terdiri daripada: 1.

Kad Kredit Hong Leong - “Kempen 'Big Sale 3'” – Terma dan Syarat
Tempoh Kempen
1. “Kempen BigSale 3" Hong Leong Bank (HLB) ("Kempen") terdiri daripada:
a) Tempoh Perbelanjaan Kad Kredit yang bermula pada 26 Jun 2014 pada pukul 00:00:00 jam
(12:00 pagi) dan berakhir pada 31 Ogos 2014 pada pukul 23:59:59 jam (11:59 malam)
termasuk kedua-dua tarikh (“Tempoh Perbelanjaan”); dan
b) Hari Jualan pada 3 September 2014 yang bermula pada pukul 10:00:00 (10.00 pagi) dan
berakhir pada 17:00:00 (5.00 petang) (“Hari Jualan”), kecuali diberitahu sebaliknya.
Kedua-dua “Tempoh Perbelanjaan” dan “Hari Jualan” akan dirujuk secara kolektif sebagai "Tempoh
Kempen”.
KELAYAKAN
2. Kempen ini terbuka kepada semua pemegang Kad Kredit Prinsipal baru dan sedia ada HLB (termasuk
bekas EON Bank Berhad dan Kad Kredit Mach) yang memenuhi sekurang-kurangnya Perbelanjaan
Layak minimum RM1,500.00 (seperti yang ditakrifkan di dalam Seksyen 6 di bawah) menggunakan
Kad Kredit HLB mereka dalam Tempoh Perbelanjaan ("Pemegang Kad Layak").
3. Orang-orang berikut TIDAK layak menyertai Kempen ini:
a) Pemegang Kad Debit dan/atau Kad Prabayar HLB
b) Pemegang Kad Hong Leong Kad Kredit yang dikeluarkankan di luar Malaysia;
c) Pemegang Kad Kredit Korporat, Kad Maya dan Mobile Money;
d) Pemegang Kad Hong Leong dengan akaun Kad Kredit yang dipercayai dikendalikan secara
penipuan atau tidak sah, bermasalah, digantung, dibatal atau ditamatkan dan melanggar manamana terma dan syarat di sini, terma dan syarat Perjanjian Ahli Kad HLB dan/atau Terma dan
Syarat HLB PLUS (secara kolektif dirujuk di sini sebagai "Perjanjian Ahli Kad") dalam Tempoh
Kempen dan pada ketika menerima Barangan Jualan yang Dibeli; dan
e) Kakitangan tetap dan berkontrak HLB, rakan-rakan perniagaan, wakil-wakil atau ejen HLB
(termasuk juruaudit luar, agensi pengiklanan, pembekal dan penjual) dan ahli keluarga terdekat
mereka (iaitu suami atau isteri, anak, ibu bapa, dan adik-beradik).
MEKANIK KEMPEN
A. PERBELANJAAN DAN TRANSAKSI LAYAK
4.
Tempoh Kempen terdiri daripada 2 Bulan Perbelanjaan berturut-turut (setiap satu "Bulan
Perbelanjaan") seperti berikut:
a) 26 Jun - 31 Julai 2014; DAN
b) 1 - 31 Ogos 2014.
5.
Semasa Tempoh Kempen, Pemegang Kad Layak yang membelanjakan sekurang-kurangnya
RM1,500.00 dalam satu transaksi atau secara kumulatif untuk Transaksi Layak bagi setiap Bulan
Perbelanjaan berturut-turut ("Perbelanjaan Layak") akan layak untuk membuat pesanan SMS bagi
mana-mana satu (1) ATAU kelima-lima (5) Barangan Jualan pada Harga Jualan yang dinyatakan dalam
Seksyen 10 di bawah.
6.
Contoh ilustrasi bagaimana Perbelanjaan Layak ditentukan adalah seperti di bawah
Bulan Perbelanjaan
26 Jun - 31 Julai 2014
Perbelanjaan Layak
RM 1,500 ke atas setiap bulan
dan
1 - 31 Ogos 2014
RM 1,500 ke atas setiap bulan
7.
Semua Perbelanjaan Layak untuk Transaksi Layak mesti dicajkan kepada Kad Kredit HLB yang dimiliki
oleh Pemegang Kad Layak pada setiap Bulan Perbelanjaan.
8.
Transaksi Layak yang dibuat oleh Pemegang Kad Tambahan di bawah Akaun Kad Kredit Pemegang
Kad Layak yang sama akan dianggap sebagai Perbelanjaan Layak Pemegang Kad Layak tersebut.
9.
Untuk mengelakkan sebarang keraguan, Transaksi Layak adalah:
i.
Ditakrifkan sebagai, transaksi runcit, luar negara dan/atau online tempatan yang dicajkan
kepada Kad Kredit HLB dalam Bulan Perbelanjaan yang diposkan dalam Ringgit Malaysia
(RM).
ii.
Termasuk transaksi 'auto-reload' Kad Zing HLB, transaksi runcit online Internet, bil auto /
transaksi berulang dan Pelan Pembayaran Lanjut dengan faedah 0% baru ("EPP") yang telah
ditransaksikan dalam Bulan Perbelanjaan yang diposkan dalam Akaun Kad Kredit Pemegang
Kad Layak. Untuk EPP, jumlah transaksi penuh dianggap sebagai satu Perbelanjaan Layak
tunggal bagi Bulan Perbelanjaan tersebut.
iii.
Tidak termasuk semua transaksi Kad Debit, transaksi insurans, pendahuluan tunai, Pindahan
Baki, Cash-on-Call (COC), Pelan Pembayaran Fleksi (FPP), pemindahan wang, pembalikan,
yuran dan / atau caj yang dikenakan oleh HLB yang diposkan ke dalam Akaun Kad Kredit
Pemegang Layak.
B. PESANAN UNTUK BARANGAN JUALAN
10. Butir-butir Barangan Jualan untuk Kempen ini adalah seperti berikut:
No.
Barangan Jualan
1
Samsung GALAXY S5
2
Stadler Form Air Purifier
Samsung GALAXY Camera
2
Samsung GALAXY Tab 3
Lite 3G
Samsonite Lift Spinner 74/27
Exp Black
3
4
5
Model
Bilangan
Unit
Harga Runcit
Biasa (RM)
Harga
Jualan
(RM)
Kod
Baran
gan
SM-G900F
50
2,399
399
A
Viktor
EKGC200ZWAXME
50
1,188
199
B
50
1,699
299
C
SM-T111
80
699
199
D
81Z09002
50
890
99
E
Total
280
11. "Harga Runcit Biasa" dalam Seksyen 10 di atas merujuk kepada harga yang ditetapkan oleh peniaga
dan / atau pembekal HLB bagi Barangan Jualan di bawah Kempen ini jika Barangan Jualan tersebut
dibeli secara langsung daripada peniaga HLB dan / atau pembekal ketika Kempen bermula.
12. HLB tidak bertanggungjawab serta tidak mempunyai sebarang kawalan berkenaan dengan Harga
Runcit Biasa yang ditetapkan oleh peniaga dan / atau pembekal HLB. HLB juga tidak menjamin atau
mewakili:
a) Harga Runcit Biasa yang ditetapkan di sini akan tetap dan tidak berubah sepanjang Tempoh
Kempen; atau
b) Harga Runcit Biasa yang ditetapkan di sini adalah harga Barangan Jualan yang mungkin
ditetapkan oleh peniaga / pembekal / kedai runcit lain.
13. Butir-butir Barangan Jualan untuk Kempen ini adalah akhir, muktamad dan tertakluk kepada
ketersediaan stok. Sebarang permintaan oleh Pemegang Kad Layak untuk mengubah butir-butir
Barangan Jualan dan / atau stok yang sedia ada tidak akan dilayan.
14. HLB berhak mengubah Barangan Jualan dan / atau menggantikan Barangan Jualan dengan barangan
lain yang sama nilai mengikut budi bicara mutlaknya, dengan mengemaskini laman web HLB di
www.hlb.com.my ("Laman web HLB "), atau menggunakan mana-mana kaedah lain yang difikirkan
praktikal oleh HLB dengan memberi notis awal kepada Pemegang Kad Layak.
15. Semua pesanan Barangan Jualan di bawah Kempen ini hanya boleh dilakukan dengan menghantar
Khidmat Pesanan Ringkas ("SMS") kepada 66600 ("Nombor yang diperuntukkan") pada Hari Jualan
("Pesanan SMS").
16. Hanya Pesanan SMS yang dihantar ke Nombor yang Diperuntukkan yang berjaya diterima oleh
Nombor yang Diperuntukkan dalam masa yang ditentukan pada Hari Jualan akan diproses.
17. Pesanan SMS yang diterima oleh Nombor yang Diperuntukkan sebelum 10:00 pagi dan selepas 5:00
petang pada Hari Jualan akan dibatalkan.
18. Perkhidmatan SMS disediakan dan disokong oleh M3 Technologies (Asia) Berhad ("M3Tech"), iaitu
vendor SMS rasmi yang dilantik oleh HLB. Untuk isu-isu berkaitan perkhidmatan SMS, sila hubungi
Talian Hotline M3Tech di 03-7957 6333 (9 pagi - 6 petang, Isnin - Jumaat)
19. Ilustrasi langkah-langkah yang diperlukan untuk membuat Pesanan SMS untuk Barangan Jualan pada
Hari Jualan adalah seperti berikut:
a) Langkah untuk menghantar Pesanan SMS Pesanan untuk satu (1) Barangan Jualan:
Pemegang Kad Layak mesti menaip:
HOT<ruang>Nombor Kad Kredit Prinsipal 16 digit HLB<ruang>Kod Barangan dan hantar
SMS ke 66600 pada Hari Jualan.
Contoh:
HOT 4293200012345678 A
Hantar ke
66600
b) Langkah untuk menghantar Pesanan SMS Pesanan untuk lebih dari satu (1) Barangan
Jualan.
Contoh di bawah menunjukkan bagaimana membuat pesanan untuk tiga (3) Barangan Jualan
yang berbeza:
Pemegang Kad Layak mesti menaip:
HOT<ruang>Nombor Kad Kredit Prinsipal 16 digit HLB<ruang>Kod Barangan dan hantar
SMS ke 66600 pada Hari Jualan
Pesanan SMS Barangan Jualan Pertama:
Contoh:
HOT 4293200012345678 B
Hantar ke
66600
Pesanan SMS Barangan Jualan Kedua:
Contoh:
HOT 4293200012345678 C
Hantar ke
66600
Pesanan SMS Barangan Jualan Ketiga:
Contoh:
HOT 4293200012345678 A
Hantar ke
66600
20. Pemegang Kad Layak bertanggungjawab untuk:
i.
Memeriksa dan memastikan bahawa pembekal perkhidmatan telekomunikasi masing-masing
("Telco") dapat menyokong penghantaran SMS mereka ke Nombor yang Ditetapkan di bawah
Kempen ini.Pada masa ini, Syarikat Telekomunikasi yang mampu menyokong penghantaran
SMS ke Nombor yang Diperuntukkan adalah Celcom, Maxis dan Digi. HLB tidak mempunyai
liabiliti dan tidak dipertanggungjawabkan jika Telco Pemegang Kad Layak tidak dapat
menyokong mana-mana penghantaran SMS ke Nombor yang Diperuntukkan;
ii.
Membayar caj SMS biasa yang dikenakan oleh syarikat telekomunikasi mereka untuk setiap
SMS yang dihantar di bawah Kempen ini ke "Nombor yang Diperuntukkan" dan
iii.
memastikan bahawa butir-butir dalam pesanan SMS yang dihantar ke "Nombor yang
Diperuntukkan" adalah tepat, lengkap mengikut format SMS yang ditetapkan dan dalam masa
yang ditentukan pada Hari Jualan, jika tidak, pesanan SMS Pemegang Kad Layak tidak akan
diproses.
21. Pembatalan dan / atau perubahan kepada Pesanan SMS tidak akan dilayan selepas Pesanan SMS
telah dihantar ke Nombor yang Diperuntukkan.
22. Bukti pesanan SMS yang dihantar ke Nombor yang Diperuntukkan oleh Pemegang Kad Layak tidak
boleh dianggap sebagai pengesahan penerimaan pendaftaran SMS oleh HLB melainkan jika
Pembelanja Layak telah menerima pengesahan SMS daripada Nombor yang Diperuntukkan yang
mengesahkan bahawa Pesanan SMS berjaya dihantar ke Nombor yang Diperuntukkan ("Pengesahan
SMS").
23. Pengesahan SMS ini dijana secara automatik untuk memastikan penerimaan pesanan SMS tetapi
TIDAK BOLEH dianggap sebagai pemberitahuan bahawa Barangan Jualan berjaya dibeli.
24. Saluran SMS ini hanya menjana jawapan automatik sahaja dan tidak menyediakan perkhidmatan
untuk sebarang pertanyaan dari Pemegang Kad Layak.
25. HLB tidak bertanggungjawab dan tidak mempunyai sebarang kawalan ke atas apa jua kesesakan lalulintas SMS, kegagalan rangkaian dan/atau gangguan dan/atau kesesakan di Telco masing-masing
semasa proses penghantaran pesanan SMS ke Nombor yang Diperuntukkan atau menjawab
pengesahan SMS dari Nombor yang Diperuntukkan kepada Pemegang Kad Layak yang boleh
mengakibatkan kelewatan Pesanan SMS dan pengesahan SMS yang dihantar pada Hari Jualan.
26. HLB tidak bertanggungjawab dan berhak untuk membatalkan mana-mana Pesanan SMS tidak sah
yang dihantar ke Nombor yang Diperuntukkan atas sebab-sebab tertentu termasuk tetapi tidak terhad
kepada salinan Pesanan SMS, nombor Kad Kredit Prinsipal HLB yang tidak sah, penggunaan nombor
HLB dalam Kad Kredit Tambahan semasa membuat pesanan SMS, kata kunci yang tidak sah,
pesanan SMS yang tidak lengkap, format pesanan SMS yang tidak betul, mesej ralat, penghantaran
yang tidak berjaya atau pesanan SMS yang lambat semasa Hari Jualan disebabkan kegagalan
rangkaian dan / atau gangguan dan / atau kesesakan sama ada dari pihak Telco atau M3Tech atau
bagi apa-apa jua sebab lain mengikut budi bicara mutlak HLB tanpa memberikan sebarang alasan.
27. Untuk mengelakkan sebarang keraguan:
a) Setiap Pemegang Kad Layak boleh memilih untuk membuat Pesanan SMS untuk kelima-lima
(5) jenis Barangan Jualan yang dinyatakan dalam Seksyen 10 di atas menerusi nombor telefon
bimbit yang sama walaupun Kad Kredit berlainan Pemegang Kad Layak digunakan, dan ia
adalah terhad kepada satu (1) Barangan Jualan semasa Hari Jualan, pada dasar tiba dulu,
layan dulu, dan tertakluk kepada ketersediaan stok bagi setiap Barangan Jualan.
b) Tidak kira bilangan Pesanan SMS bagi setiap Barangan Jualan, jika Pemegang Kad Layak
berjaya membuat pesanan, Pemegang Kad Layak hanya berhak untuk membeli satu (1)
Barangan Jualan sahaja, tertakluk kepada pematuhan format Pesanan SMS dalam Seksyen 19
(a) dan 19 (b).
c) Pesanan SMS yang berulang untuk Barangan Jualan yang sama daripada Pemegang Kad
Layak akan dibatalkan sekiranya Pemegang Kad Layak menggunakan nombor Kad Kredit dan /
atau nombor telefon mudah alih yang berlainan untuk meletakkan Pesanan SMS.
d) Sekiranya Pemegang Kad Layak menggunakan lebih daripada satu (1) telefon mudah alih
untuk membuat Pesanan SMS, maka semua SMS Pesanan yang dibuat oleh Pemegang Kad
Layak akan dibatalkan.
e) Hanya Pemegang Kad Prinsipal HLB layak membuat SMS Pesanan di bawah Kempen ini.
28. Ilustrasi Pesanan SMS yang layak mengikut Seksyen 27 (a) di mana Pemegang Kad Layak boleh
membuat Pesanan SMS untuk kesemua lima (5) Barangan Jualan, satu untuk setiap kategori
Barangan Jualan, menggunakan nombor telefon mudah alih yang sama tetapi nombor kad kredit
berlainan kepunyaan Pemegang Kad Layak yang sama.
Butir-butir Pesanan SMS 1:
HOT 4293200012345678 A
Butir-butir Pesanan SMS 2:
HOT 4293200012345679 B
(Kod Barangan dan Nombor Kad
Kredit Berlainan)
Butir-butir Pesanan SMS 3:
HOT 4293200012345671 C
Nombot
Telefon yang
sama
Contoh:
012-1234567
(Kod Barangan dan Nombor Kad
Kredit Berlainan)
Butir-butir Pesanan SMS 4:
HOT 4293200012345678 D
(Kod Barangan Berlainan)
Butir-butir Pesanan SMS 5:
HOT 4293200012345678 E
(Kod Barangan Berlainan)
Semua
nombor kad
kredit milik
Pemegang
Kad Layak
yang SAMA.
Kelima-lima
Pesanan SMS akan
diproses oleh HLB,
berdasarkan tiba
dulu layan dulu
tertakluk kepada
ketersediaan stok
bagi setiap
Barangan Jualan.
Hanya 1 Barangan
Jualan akan
diberikan.
29. Ilustrasi kelayakan Pesanan SMS yang dibatalkan mengikut Seksyen 27 (b) di mana Pemegang Kad
Layak membuat Pesanan SMS untuk kesemua lima (5) Barangan Jualan, satu untuk setiap kategori
Barangan Jualan, menggunakan nombor kad kredit dan telefon mudah alih yang berlainan kepunyaan
Pemegang Kad Layak yang sama
Butir-butir Pesanan SMS 1:
Nombor
Telefon
Berbeza
Contoh:
012-1234567
HOT 4293200012345678 A
Butir-butir Pesanan SMS 2:
Nombor
Telefon
Berbeza
Contoh:
012-1234568
Nombor
Telefon
Berbeza
Contoh:
012-1234569
HOT 4293200012345678 B
(Kod Barangan Berlainan)
Semua
nombor kad
kredit milik
Pemegang
Kad Layak
yang SAMA.
Semua 3
Pesanan SMS
akan
dibatalkan
oleh HLB.
Butir-butir Pesanan SMS 3:
HOT 4293200012345673 C
(Kod Barangan dan Nombor Kad Kredit
Berlainan)
30. Penentuan Pemegang Kad Layak yang berjaya menghantar Pesanan SMS untuk Barangan Jualan
Pilihan ("Pemegang Kad Layak Berjaya") akan dilakukan selepas Hari Jualan dalam cara berikut,
tertakluk kepada Seksyen 20 di atas:
a) Pemegang Kad Layak yang memenuhi Perbelanjaan Layak dalam tempoh dua (2) Bulan
Berbelanja berturut-turut;
b) Pesanan SMS yang dihantar kepada Nombor yang diperuntukkan dikesan berdasarkan tiba
dulu, layan dulu di mana pesanan SMS terpantas yang berjaya diterima pada masa yang
ditangkap pada 66600 milisaat oleh M3Tech; dan
c) terhad kepada ketersediaan unit-unit yang diperuntukkan bagi setiap Barangan Jualan
31. Jika tarikh dan masa untuk pesanan SMS yang tertera di dalam M3Tech Berbeza dari tarikh dan masa
Pemegang Kad Layak membuat penghantaran pesanan SMS, maka tarikh dan waktu pesanan SMS
yang diterima dan tertera dalam sistem M3Tech adalah mutlak dan muktamad.
32. Jika tarikh dan masa bagi Transaksi Layak yang tertera dalam sistem HLB berbeza dari tarikh dan
masa Pemegang Kad Layak membuat Transaksi Layak, maka tarikh dan masa yang tertera dalam
sistem HLB adalah mutlak dan muktamad.
Pesanan Barangan Jualan Yang Berjaya
33. Hanya Pemegang Kad Layak yang berjaya sahaja akan menerima Pemberitahuan SMS jika Barangan
Jualan berjaya dipesan dari HLB dan / atau M3Tech ("Pemegang Kad Layak Berjaya") pada 31
Oktober 2014.
34. Barangan yang Dibeli akan dihantar ke alamat penghantaran yang telah disahkan Pemegang Kad
Layak yang berjaya dalam masa lapan (8) minggu selepas tarikh Kempen ini tamat tertakluk kepada
Seksyen 35 di bawah.
35. Sebarang permintaan untuk membatalkan dan / atau mengubah Barangan Jualan tidak akan dilayan.
36. Pemegang Kad Layak yang berjaya dikehendaki menghubungi Pusat Panggilan Hong Leong di 0376268899 hanya SELEPAS menerima pemberitahuan SMS dari nombor yang diperuntukkan untuk
mengesahkan:
a) Alamat penghantaran Barangan Jualan yang dibeli dalam tempoh masa yang dinyatakan dalam
Pemberitahuan SMS untuk mengelakkan kelewatan penghantaran dan penghalaan semula;
b) dan butiran penerima Barangan Jualan yang dikuasakan, jika berkenaan.
37. Jika Pemegang Kad Layak yang berjaya gagal untuk mengesahkan alamat penghantaran dalam
tempoh masa yang ditetapkan, Barangan Jualan yang dibeli akan dihantar ke alamat surat menyurat
yang tertera di dalam sistem HLB. Pemegang Kad Layak yang berjaya bertanggungjawab untuk
memastikan bahawa alamat surat menyurat mereka adalah tepat dan terkini. HLB tidak akan
bertanggungjawab dengan sebarang kehilangan atau kecurian Barangan Jualan yang dihantar ke
alamat surat menyurat yang tertera di dalam sistem HLB.
38. Pemegang Kad Layak yang berjaya yang gagal mengesahkan alamat penghantaran dan mempunyai
butiran alamat surat menyurat Peti Surat di dalam sistem HLB akan dibatalkan.
39. Semua Barangan Jualan yang dibeli oleh Pemegang Kad Layak akan dihantar ke alamat
penghantaran yang sama seperti yang disahkan oleh Pemegang Kad Layak yang berjaya berdasarkan
Seksyen 35 di atas. Permintaan untuk menghantar Barangan Jualan ke satu (1) alamat atau alamat
yang berbeza, termasuk penghantaran semula tidak akan dilayan.
40. Harga Jualan bagi setiap Barangan Jualan yang berjaya dipesan oleh Pemegang Kad Layak yang
berjaya akan dicajkan kepada nombor Kad Kredit Prinsipal yang dihantar oleh Pemegang Kad Layak
yang berjaya ke Nombor yang diperuntukkan pada Hari Jualan atau nombor Kad Kredit Pemegang
Kad Layak yang berjaya yang tertera dalam sistem HLB dalam tempoh 8 minggu dari 31 Oktober 2014,
tertakluk kepada had kredit sedia ada Pemegang Kad Layak yang berjaya. Jika tidak, kelayakan bagi
Barangan Jualan tersebut akan dibatalkan oleh HLB.
41. Semua Barangan Jualan yang berjaya dibeli tidak boleh dipulangkan atau ditukar dengan wang tunai
dan/ atau lain-lain.
42. Penyempurnaan dan penghantaran Barangan Jualan disedia dan disokong oleh pembekal
perkhidmatan yang dikuasakan HLB iaitu PCM Perfect Marketing Sdn Bhd ("PCM"), Tel 03-6280 1212
Talian Khidmat Pelanggan: 1300-80-0133 (9:00 pagi - 05:30 petang, Isnin - Jumaat).
43. Ilustrasi Barangan Jualan yang ditunjukkan dalam sebarang pengiklanan, promosi, publisiti dan bahan
lain berkaitan dengan Kempen ini adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan tidak boleh menggambarkan
warna sebenar atau model Barangan Jualan.
44. Apa-apa prop, aksesori atau peralatan yang dipaparkan dalam mana-mana bahan-bahan bergambar
adalah untuk tujuan hiasan dan tidak merupakan sebahagian daripada Barangan Jualan.
45. HLB tidak membuat sebarang representasi atau waranti berkenaan dengan kualiti Barangan Jualan
dan tidak akan bertanggungjawab untuk menggantikan mana-mana Barangan yang hilang, dicuri atau
rosak (Sama ada disebabkan oleh kecacatan dalam bahan atau mutu kerja di bawah jaminan oleh
pengilang atau sebaliknya). Pemegang Kad Layak yang berjaya mesti berurusan secara langsung
dengan Saudagar dan / atau pengilang untuk maklumat waranti atau tuntutan tanpa bantuan pihak
Bank. Pemegang Kad Layak yang berjaya mesti terus membayar Harga Jualan untuk Barangan Jualan
tersebut yang tertera di dalam penyata akaun kad kredit mereka tidak kira berlaku apa-apa pertikaian
di antara Peniaga dan Pemegang Kad Layak yang berjaya.
AM
46. Pesanan SMS yang dihantar oleh Pemegang Kad menurut Seksyen 15 di atas akan dianggap
sebagai persetujuan kepada:
a) Pendaftaran dan penyertaan Kempen ini; dan
b) Pendedahan nama Pemegang Kad, nombor telefon, alamat serta nombor 4-digit terakhir kad
kredit Hong Leong masing-masing untuk agen yang dilantik oleh HLB, seperti M3 Tech dan
PCM (bagi pengurusan dan perlaksanaan Kempen ini.
47. Dengan menyertai Kempen ini, Pemegang Kad Layak dan/atau Pemegang Kad Layak yang berjaya:
a) bersetuju untuk terikat kepada Terma dan Syarat yang terkandung di sini;
b) bersetuju bahawa semua rekod transaksi di dalam atau di luar Malaysia yang ditangkap oleh sistem HLB
dalam Tempoh Kempen dan senarai akhir Pemegang Kad Layak yang berjaya adalah tepat dan
muktamad;
c) bersetuju bahawa keputusan HLB ke atas semua perkara berkaitan dengan Kempen ini adalah muktamad
dan mengikat kepada semua Pemegang Kad. Rayuan lanjut atau surat-menyurat tidak akan dilayan;
d) Setuju bahawa pembalikan sebarang Transaksi Layak dikecualikan;
e) memberi kebenaran kepada HLB untuk mendedah atau menyiarkan nama dan/atau nombor KP (dalam
bentuk tidak ketara) di laman web Bank bagi tujuan Pengumuman Pemegang Kad Layak yang berjaya
untuk Kempen ini;
f)
bersetuju mengakses laman web HLB di www.hlb.com.my secara tetap untuk menyemak Terma
dan Syarat Kempen ini dan untuk memastikan bahawa mereka mendapat maklumat terkini
mengenai sebarang perubahan atau perubahan kepada Terma dan Syarat yang terkandung di sini.
48. HLB berhak untuk:
a) membatalkan mengikut budi bicaranya, kelayakan mana-mana Pemegang Kad daripada menyertai
Kempen ini. Khususnya, HLB mempunyai hak mutlak untuk menyingkirkan kelayakan Pemegang Kad
yang telah melakukan satu "Transaksi Layak" dalam pengertian terma dan syarat ini, dalam cara atau
tingkah laku yang difikirkan bukan kebiasaan oleh HLB, tidak teratur dan/atau merupakan ikhtiar untuk
mendapatkan kelebihan yang tidak adil ke atas Pemegang Kad yang lain yang mempunyai corak
perbelanjaan yang tetap/biasa, dan keputusan HLB dalam perkara ini adalah muktamad dan tidak boleh
dipertikaikan oleh semua Pemegang Kad;
b) membatalkan pembelian Barangan Jualan sekiranya terdapat pembalikan Transaksi Layak atau
penamatan Kad Kredit Hong Leong Bank dalam Tempoh Kempen dan/atau pada ketika penganugerahan
Barangan Jualan; dan
c) menambah, memadam atau meminda terma-terma dan syarat-syarat ini, secara keseluruhan atau
sebahagiannya, atau menggantung atau menamatkan Kempen ini mengikut budi bicara mutlak HLB,
melalui pengeposan di laman web atau apa-apa cara lain yang difikirkan praktikal oleh HLB, untuk
memberi notis terdahulu kepada Pemegang Kad mengenai penambahan, pemadaman atau pemindaan
terma dan syarat Kempen ini.
49. HLB tidak mempunyai liabiliti dan tidak bertanggungjawab dengan sebarang kegagalan atau kelewatan dalam
penghantaran transaksi jualan oleh Visa International Incorporated, MasterCard Worldwide, American
Express, pertubuhan saudagar, pos atau mana-mana pihak yang mungkin menyebabkan Pemegang Kad
dikecualikan daripada Kempen ini;
50. Akaun Kad Kredit Pemenang mestilah sah/aktif, dalam kedudukan yang baik dan tidak melanggar mana-mana
Terma dan Syarat Kempen ini dan/atau Perjanjian Pemegang Kad ketika penganugerahan item yang dibeli.
51. Terma-terma dan syarat-syarat ini ditadbir dan ditafsir mengikut undang-undang Malaysia dan Pemegang Kad
bersetuju untuk menyerah kepada bidang kuasa tidak eksklusif Mahkamah Malaysia.
52. Terma dan syarat ini adalah tambahan kepada Perjanjian Pemegang Kad dan Pemegang Kad Layak
bersetuju bahawa terma dan syarat dalam Perjanjian Pemegang Kad umum hendaklah dibaca bersama-sama
dengan terma dan syarat di sini sebagai perjanjian keseluruhan. Sekiranya terdapat apa-apa percanggahan
antara terma dan syarat Kempen ini dan terma dan syarat yang terkandung di dalam Perjanjian Pemegang
Kad, maka terma dan syarat khusus di sini akan digunapakai untuk Kempen ini.