KEMPEN ‘WORLD POST DAY 2014’ TERMA & SYARAT 1.0 Tempoh Kempen Kempen “World Post Day 2014” anjuran Pos Malaysia Berhad (229990-M) (“Pos Malaysia”) berlangsung mulai 9 Oktober 2014 sehingga 24 Oktober 2014 atau selagi stok masih ada (“Tempoh Kempen”) di semua Pejabat Pos Besar. Pos Malaysia pada bila-bila masa, berhak secara mutlak untuk mengubah, menangguh, menjadualkan semula, atau melanjutkan Tempoh Kempen atau menamatkan Kempen atas budi bicara mutlaknya dan tanpa memberi notis terlebih dahulu. 2.0 Kriteria Kelayakan Untuk menyertai kempen ini, pelanggan hanya perlu membuat transaksi terpilih dengan jumlah perbelanjaan minimum seperti yang telah ditetapkan dan akan menyertai kempen ini secara automatik. 3.0 Kelayakan Penyertaan Mana-mana pelanggan berusia 18 tahun ke atas yang membuat transaksi terpilih di Pejabat Pos Besar dengan jumlah perbelanjaan minimum akan menyertai kempen ini secara automatik dan berpeluang memenangi ganjaran yang ditawarkan. 4.0 Bil. Produk Jumlah Perbelanjaan Minima 1 SetemKu dan/atau produk filateli (kombinasi) RM100.00 2 Kotak pra-bayar PosLaju, Kotak PosNiaga, Paket Pos Terus, Flexi Pack Domestik & Antarabangsa RM200.00 3 International Express Money Order (IEMO) Bagi setiap transaksi tanpa mengira jumlah kiriman 4 Kiriman Wang dan Wang Pos (kombinasi) RM500.00 setiap transaksi 5 Insurans Kenderaan dan kemalangan peribadi (kombinasi) 6 ASM, ASN, ASN2, ASN3, ASB, ASB2, ASW, ASG, ASD, AS1M RM200.00 RM2,200.00 Hadiah Ganjaran yang ditawarkan adalah dalam bentuk baucar produk Pos Malaysia dan pelanggan yang membuat transaksi terpilih dengan jumlah perbelanjaan minimum di Pejabat Pos Besar berpeluang untuk mendapatkan mana-mana baucar produk Pos Malaysia seperti di bawah yang diberikan secara rawak: 5.0 Mekanisma Penyertaan dan Pemenang yang Layak 5.1 Pelanggan layak mendapat satu (1) baucar sahaja bagi setiap transaksi terpilih dengan jumlah perbelanjaan minimum yang dilakukan di kaunter Pejabat Pos Besar. 5.2 6.0 7.0 Sampul Prabayar FlexiPack International XS Blue Kotak Flexipack Domestic Local 2 kg Kota Prabayar PosLaju S 2 kg SetemKu Individu Sekiranya pelanggan melakukan dua atau lebih transaksi berbeza bagi produk yang sama atau produk lain yang tersenarai, pelanggan layak mendapat dua atau lebih baucar berdasarkan jumlah transaksi yang dibuat dengan jumlah perbelanjaan minimum seperti yang telah ditetapkan. Terma dan Syarat Baucar Penggunaan Baucar adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat berikut:6.1 Baucar disediakan atas dasar “Sedia Ada”. 6.2 Baucar boleh ditebus serta merta di Pejabat Pos Besar di mana pelanggan membuat transaksi, atau mana-mana Pejabat Pos Besar sebelum 30 November 2014 (“Tempoh Penebusan”). Tempoh sah baucar tidak boleh dilanjutkan dan apabila Tempoh Penebusan tamat, Baucar adalah tidak sah. 6.3 Pos Malaysia berhak, atas budi bicara mutlaknya, menggantikan Baucar dengan hadiah lain yang sama nilainya, pada bila-bila masa, tanpa memberi notis terlebih dahulu. Pos Malaysia tidak bertanggung jawab untuk sebarang kerugian atau kerosakan yang berlaku secara langsung atau tidak berikutan dengan perubahan hadiah tersebut. 6.4 Sekiranya pemenang yang layak gagal untuk menuntut hadiah dalam tempoh yang ditetapkan, hadiah tersebut akan ditarik balik dan pemenang yang layak tidak berhak untuk menuntut hadiah tersebut. 6.5 Baucar tidak boleh dipindah milik atau ditukar ganti dengan wang tunai atau kredit dalam apa jua bentuk, samada secara sebahagian atau sepenuhnya. 6.6 Baucar yang rosak, hilang, dicuri, disalah letak atau tidak sah adalah dianggap tidak laku dan tidak boleh ditukar ganti. 6.7 Baucar sah untuk satu transaksi penebusan sahaja. Hanya baucar asal yang boleh digunakan dan salinan fotostat tidak akan diterima. 6.8 Baucar tidak termasuk apa-apa aksesori atau barangan yang ditunjukkan pada risalah atau laman web kerana ianya adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Terma dan Syarat Am 7.1 Dengan menyertai Kempen ini, semua pelanggan yang layak dianggap telah membaca, memahami dan mempersetujui Terma dan Syarat yang dikenakan dan bersetuju dengan apa sahaja keputusan Pos Malaysia berkenaan setiap aspek Kempen ini, termasuk hadiah yang diberikan dan keputusan pemilihan pemenang adalah muktamad, terikat dan tidak boleh dipertikaikan dan sebarang bantahan, aduan dan/atau rayuan tidak akan dilayan. 7.2 Dengan menyertai Kempen ini, semua pelanggan yang layak dianggap telah bersetuju dengan kutipan, pemprosesan dan penyimpanan data peribadi mereka oleh Pos Malaysia untuk tujuan Kempen ini dan/atau apa sahaja tujuan promosi dan pemasaran. 7.3 Pos Malaysia mempunyai hak mutlak untuk menyiar atau menggunakan nama dan gambar pemenang bagi tujuan pengiklanan dan publisiti tanpa sebarang bayaran atau pampasan. 7.4 Sebarang kos yang timbul untuk pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/atau sebarang kos, bayaran yuran dan/atau apa sahaja perbelanjaan berhubung dengan Kempen ini dan tuntutan Hadiah adalah di bawah tanggungan Pelanggan/Pemenang yang Layak sepenuhnya. 7.5 Pos Malaysia dan/atau pengarah-pengarah, pemegang saham atau anak syarikatnya tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan (termasuk, tanpa batasan, kerugian pendapatan, keuntungan atau pemberian, sama ada secara langsung atau tidak langsung, secara sengaja atau tidak sengaja, ganti-rugi lanjutan, teladan, punitif atau istimewa) yang timbul berikutan kontrak, salah laku, kecuaian atau sebaliknya, yang berhubung dengan Kempen ini, biarpun Pos Malaysia telah dinasihatkan atas kebarangkaliannya terlebih dahulu, dan semua ganti rugi adalah dikecualikan. 7.6 Pelanggan yang Layak tidak berhak untuk membuat tuntutan untuk pampasan atau ganti rugi terhadap Pos Malaysia untuk sebarang kerugian atau kerosakan yang berlaku secara langsung atau tidak berikutan pembatalan, penamatan atau penggantungan Kempen, atau perubahan, penangguhan, penjadualan semula atau lanjutan tempoh Kempen. 7.7 Pos Malaysia berhak untuk meminda, menggugurkan atau menambah apa sahaja perkara di dalam Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa dan Terma dan Syarat ini adalah terikat. 7.8 Sekiranya terdapat ketaktekalan, percanggahan, kekeliruan atau perselisihan antara versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris bagi Terma dan Syarat ini, versi Bahasa Inggeris akan dijadikan rujukan utama.
© Copyright 2024